
Di sini, saya akan huraikan perkara yang tidak
patut anda lakukan ketika melakukan pemasaran email. Kadang-kadang kita terlalu
terkehadapan ketika melakukan sesuatu
sehingga terlupa beberapa perkara yang tidak patut kita lakukan.
Kesilapan Pertama :
Terlalu Obses Dengan Bilangan Email Dalam Senarai Email.
Ini adalah kesilapan biasa bagi seorang newbie.
Mereka menganggap pemasaran email hanya berkesan kalau mempunyai list yang
banyak. Sifat ini perlu di buang kerana apa yang penting adalah kadar responsif
dalam senarai email anda.
IM yang bijak akan sentiasa memberi maklumat
berguna kepada subscriber mereka di samping menyuruh mereka yang tidak mahu
lagi menerima tips untuk unsubscribe. Adalah penting untuk sentiasa menyuruh
list unsubscribe jika mereka tidak berminat kerana anda bayar untuk setiap email
yang di daftar pada autoresponder anda. Jangan bazirkan wang untuk golongan
ini.
Memiliki senarai email yang banyak hanya akan
merugikan anda jika kebanyakan darinya adalah tidak responsif. Katakan anda
mempunyai 20000 email tetapi setiap kali anda menghantar email, hanya 20
peratus sahaja yang membuka dan membacanya. Apa yang terjadi pada 16000 email
yang lain.
Kenapa anda perlu membazirkan wang membayar
yuran autoresponder untuk menyimpan email yang tidak berguna di dalam sistem
autoresponder anda. Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah
belajar untuk membina list yang responsif sejak dari awal lagi.
Kesilapan Kedua :
Tidak Sabar Untuk Promosi Produk Kepada List Yang Baru Masuk.
Baru je daftar, anda sudah lakukan promosi pada
email tersebut. Perbuatan
ini tida salah tetapi sangat salah. Anda pasti rasa menyampah jika anda masuk
ke dalam kedai dan di paksa membeli sesuatu di dalam kedai tersebut. Sama juga
dengan perasaan pemilik email ini.
Dalam pemasaran email, anda perlu ada tempoh
bertenang. Mulakan dengan pengenalan dan beri apa yang subscriber anda mahukan
iaitu maklumat yang anda janjikan atau apa sahaja yang anda janjikan. Selepas
itu, barulah anda lakukan promosi secara berhemah pada senarai email anda.
Pandangan pertama adalah penting. Jika anda
melakukan promosi pada email pertama anda kepada pelanggan anda. Email yang di
hantar anda seterusnya, mungkin tidak akan di buka langsung oleh pemilik email
tersebut. Lebih teruk,
mereka mungkin akan terus buang email anda dengan hanya melihat nama anda
sahaja.
Kesilapan Ketiga :
Spam Dengan Bermacam-Macam Tawaran.
Antara kesilapan paling teruk dalam pemasaran email
adalah melakukan promosi membuta tuli. Anda perlu faham, pemilik email adalah
manusia dan bukannya robot. Manusia mempunyai perasaan. Jika anda melakukan
promosi membuta tuli, pemilik email menganggap anda sebagai spammer. Oleh itu,
secara rasminya kreibiliti anda akan tercalar.
Anda perlukan langkah yang konsisten. Tidak
mengapa jika anda bermula lewat untuk sesuatu cabaran affiliate, yang penting
hubungan anda dengan subscriber anda selamat. Jika tidak, email yang anda
hantar pasti akan di cop spam oleh pemilik email atau lebih teruk mereka akan
terus setkan alamat email anda sebagai spam.
Mulakan promosi dengan pengenalan produk,
kemudian sertakan kehebatan produk tersebut, risiko yang perlu di tanggung dan
seterusnya membawa pelanggan untuk melakukan tindakan iaitu membeli.
Kesilapan Keempat : Menghantar Email Yang Terlalu
Panjang.
Siapa suka membaca? Jika anda masih belajar,
mungkin. Jika anda sudah mempunyai keluarga dan bekerja, mungkin tidak. Anda
silap jika anda ingat pemilik email akan membaca semua yang anda tulis kerana
anda juga tidak pernah lakukan, kenapa orang lain akan lakukan.
Kebanyakan IM bersifat tamak dengan melakukan
promosi 3 hingga 4 produk dalam satu email. Tahukah anda? betapa menyampahnya
pemilik email untuk menerime email yang panjang dari anda. Cukup sahaja menulis
email yang ringkas dan padat. Ada pakar IM mencadangkan untuk menghantar email
dalam 300 hingga 400 perkataan sahaja dan saya rasa cadangan tersebut mungkin
betul.
Kesilapan Kelima :
Bersikap Tidak Professional Ketika Menghantar Email.
Penggunaan perkataan aku dan menganggap subscriber
anda sebagai kawan adalah antara kesilapan yang di lakukan oleh IM. Mereka
bukan kawan anda tetapi pelanggan anda. Sikap professional banyak di amalkan
oleh IM-IM yang ada kredibiliti. Mereka melayan setiap karenah pelanggan dengan
professioanal. Begitu juga dengan subscriber mereka.
Gunakan pendekatan personalize sudah cukup
untuk mendekatkan diri anda dan subscriber anda. Ramai IM menganggap setiap
subscriber adalah manusia biasa dan mereka menghantar email dengan mengaggap
seolah-olah subscriber mereka akan mendengar semua yang mereka katakan.
Mereka silap setiap subscriber di dalam senarai
email mereka bukanlah manusia biasa tetapi adalah pelanggan. Anda perlu melayan
pelanggan anda secara professional seolah-olah anda berada di dunia sebenar.
Semoga memberi manfaat, jemput like dan share :)