Dunia perniagaan internet
memerlukan respon yang pantas dan tepat. Keputusan perniagaan dibuat hanya
dalam satu klik saja. Namun, ada waktunya, anda perlu menghantar seberapa
banyak email atau newsletter kepada prospek pelanggan yang ada. Masalahnya,
terlalu banyak alamat email yang perlu dihubungi dan ada kalanya anda tidak
sempat hendak menyiapkan tugasan tersebut.
Apa itu autoresponder?
Masalah ini dapat diatasi dengan
menggunakan autoresponder. Apa itu autoresponder?
Autoresponder adalah merupakan
satu program komputer yang membalas email secara automatik. Apabila anda
menghantar alamat email anda sebagai peserta sesebuah laman bisnes internet,
kebanyakan email yang datang daripada laman web tersebut merupakan hasil
daripada program autoresponder. Ia digunakan sebagai alat pemasaran email yang sangat berkesan.
Fungsi autoresponder
Program ini berfungsi sebagai
setiausaha maya yang akan menghantar email kepada satu database alamat email
yang disimpan dalam memori program tersebut. Prospek pelanggan anda akan
memberi alamat email mereka dan kemudian akan menerima email balas dengan
segera. Sebagai usahawan internet, anda tidak perlu lagi melaksanakan tugas
membalas email tersebut.
Selepas itu, autoresponder akan
menghantar email secara berkala seperti yang ditetapkan oleh anda sendiri.
Seolah-olah ia pembantu anda yang sangat efektif dalam tugas menghantar email.
Anda hanya perlu memberi arahan sekali sahaja.
Autoresponder terbahagi kepada beberapa
bentuk iaitu ‘web host autoresponder’
dan ‘Autoresponder software’.
Kedua-duanya berfungsi dengan tujuan yang sama namun berlainan kaedah. Web host
autoresponder, samada berbayar atau percuma, berfungsi dengan menghantar email
daripada storan dalam internet. Manakala autoresponder software pula dipasang
ke dalam PC anda atau laman web sendiri dan anda yang menguruskan bagaimana ia
berfungsi.
Kepentingan autoresponder dalam promosi affiliate
Dalam promosi affiliate, anda
perlukan program ini supaya dapat membantu menjimatkan masa. Bayangkan jika
anda terpaksa memeriksa email setiap jam hanya semata-mata hendak membalas email
prospek pelanggan baru ataupun menghantar newsletter, dah tentu akan memakan
masa yang panjang. Kalau mereka daftar selepas tengah malam, ketika anda sedang
tidur, takut nanti mereka hilang minat pula jika anda terlambat memberi respon.
Autoresponder boleh membantu anda
mengedarkan tips, laporan dan perkembangan terbaru mengenai website anda. Ini
memudahkan anda berhubung secara dekat dengan prospek. Tidak semua email yang
dihantar harus mengandungi maklumat jualan namun yang pasti setiap email akan
menarik perhatian dan membuatkan prospek rasa dihargai.
Anda juga akan dapat meningkatkan
kredibiliti sebagai usahawan internet. Ada juga
prospek yang membuat penilaian dari segi gaya
penampilan dan kredibiliti website sebelum membeli produk di internet.
Sekiranya website itu kelihatan terlalu ringkas dan tidak menggunakan software
yang baik, mereka akan mencari laman web lain. Lengkapkan perniagaan internet
anda dengan gajet-gajet penting seperti autoresponder, paypal dan sebagainya.
Dengan penggunaan autoresponder, anda dapat meyakinkan prospek anda.
Selain itu, ia dapat meningkatkan
hasil jualan. Semakin banyak senarai email yang ada dalam database anda,
semakin tinggi potensi jualan. Anda akan dapat menikmati hasil yang lumayan
dengan melabur sedikit wang membeli autoresponder yang sesuai.
Paling penting sekali ialah email
yang dibalas itu dapat diolah supaya ia lebih berbentuk peribadi kerana ia
boleh memaparkan nama setiap prospek anda. Memanggil prospek anda dengan nama
mereka akan meningkatkan rasa mesra dan ini menimbulkan keselesaan mereka
berurusan dengan anda.
Autoresponder sangat berkesan dalam membantu pemasaran
internet. Dalam mempromosi sebagai seorang affiliate, anda harus belajar
menggunakan autoresponder dengan sebaik mungkin supaya dapat meningkatkan
jumlah prospek pelanggan seterusnya jualan. Walau bagaimanapun, etika dalam
perniagaan internet ialah jangan menghantar spam. Anda mungkin tidak akan
disenangi jika terus menghantar spam.